Siwak ialah satu sunnah yang semakin dilupakan dan
ditinggalkan, namun di kota Tarim, kota yang juga di kenali sebagai kota seribu
wali ini, peduduknya sangat menitik beratkan amalan bersugi tersebut.
Bukan sahaja ketika hendak
solat mereka bersiwak, bahkan ketika mulai baca Quran, membaca kitab, mengajar
ilmu, kayu siwak sentiasa di amalkan.
Takrif siwak: Apakah ta’rif siwak? Siwak menurut bahasa adalah ‘الدلك’ bererti mengosok atau menyental. Manakala menurut istilah ‘دلك الأسنان وما حواليها بكل شيء خشن’ bererti mengosok gigi dan sekitarnya dengan segala sesuatu yang kesat (atau kasar) atau ‘استعمال عود أو نحوه كالفرشاة اليوم في تنظيف الأسنان وما حولها كاللسان واللثة لإذهاب التغير وآثار الطعام’ yang bermaksud penggunaan kayu siwak atau yang seumpamanya seperti berus gigi pada zaman sekarang, bagi membersihkan gigi dan apa-apa yang berada disekitarnya seperti lidah dan gusi bagi menghilangkan perubahan bau mulut dan sisa-sisa makanan.
Kelebihan
Bersiwak.
1. Keredaan Allah,
"ﺍﻟﺴﻮﺍﻙ
ﻣﻄﻬﺮﺓ ﻟﻠﻔﻢ ﻭﻣﺮﺿﺎﺓ ﻟﻠﺮﺏ و مسخطة للشيطان."
3. Menghilangkan bau busuk mulut
serta menguatkan gusi.
4. Mencerdaskan minda.
4. Mencerdaskan minda.
5. Menguatkan mata.
6. Menggandakan pahala ibadah.
7. Melegakan sakit kepala dan
menguatkan badan.
8. Menghilangkan sakit gigi.
9. Melancarkan sistem
penghadaman.
10. Membersihkan hati.
10. Membersihkan hati.
11. Menambahkan harta dan zuriat
12. Menjadikan orang tersebut
tidak nampak tua
Doa ketika mula bersiwak:
Elok dibaca doa dibawah walaupun ianya tiada asal (yakni tidak warid daripada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم), kerana tiada mengapa mengamalkannya. Doanya:
اَللَّهُمَّ بَيِّضْ بِهِ أَسْنَانِيْ وَشُدَّ بِهِ لِثَاتِيْ وِثَبِّتْ بِهِ لِهاَتِيْ وَأَفْصِحْ بِهِ لِسَانِي وَبَارِكْ لِيْ فِيْهِ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Wahai Tuhanku, putihkanlah dengannya gigiku, kuatkanlah dengannya gusiku, teguhkanlah dengannya lisanku, fasihkanlah dengannya lisan pengucapanku dan berkatilah aku padanya wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Tahukah Anda?
1.Seseorang itu akan mendapat pahala siwak dengan menggunakan apa sahaja benda suci yang kesat untuk menggantikan siwak.
2.Orang pertama yang menggunakan siwak adalah Nabi Ibrahim (as)
3.Sebaik-sebaik siwak adalah dari dahan pohon Arak, kemudiannya akarnya, kemudian pohon kurma, kemudian pohon zaitun, kemudian pohon yang berbau harum, kemudian pohon yang tidak berbau.
4.Cara bersugi yang sunnah adalah dengan tangan kanan, meletakkan jari manis dan ibu jari dibawah sugi dan baki tiga jari diatasnya, dimulai dari kanan mulut ke tengah, kemudian dari bahagian kiri ke tengah mulut.
**Sunat bersiwak pada lintang gigi (yakni secara melintang, melebar) dan dimakhruhkan dengan cara membujur (memanjang) pada gigi kerana ia boleh menyebabkan gusi akan berdarah. (lihat Syarah Shahih Muslim oleh an-Nawawi dan Sabil al-Muhtadin oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari).Disunatkan bersiwak pada lidah dan langit-langit mulut yakni dengan cara membujur.
Beberapa Masalah Fiqhiyyah.
• Empat keadaan yang mana sangat digalakkan bersiwak:
1. Sebelum berwudhu’.
2. Ketika hendak mendirikan solat samada fardhu atau nafil.
3. Ketika hendak tidur dan bangun tidur.
4. Ketika berubah bau mulut.
• ** Jika seseorang itu terlupa untuk bersugi sebelum solat dan hanya ingat selepas berada dalam solat, Sunnah untuk dia bersugi dengan syarat menggunakan pergerakan yang sedikit.
wallahua'lam..
wallahua'lam..